Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 2/2022

194.jpgPenanjong Garison, Khamis, 15 Dis 2022 – Majlis Penutupan Kursus Asas Logistik Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) yang dihadiri oleh 50 anggota.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 1072 Kpt Muhammad Khairi bin Ahmad Hussin, Pegawai Penguasa Stor Sub Depoh, Depoh Logistik KBK TDDB.  Turut hadir adalah Pegawai Latihan Logistik, Ketua-ketua Cawangan Kewangan, Sekolah Sarjan Mejar, para jemputan unit dan jurulatih-jurulatih CLLog SPT IL ABDB.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan memberi pengetahuan kepada agensi-agnesi luar yang telah mengikuti kursus ini.  Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus telahpun didedahkan dengan pembelajaran perakuanan stor dan diuji dengan ujian secara dalam talian, teori dan praktikal. Kursus ini telah dikendalikan selama Lima (05) minggu dan seramai 50 anggota kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada Dua Puluh Empat (24) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tiga (03) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tiga (03) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Empat (04) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Dua (02) anggota dari Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Tiga (03) anggota dari Rejiman Pasukan Khas, Enam (06) anggota daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Tiga (03) dari Pasukan Simpanan Gurkha dan Dua (02) dari Jabatan Penjara.

 Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Mujadilah Ayat 11-13 yang dibacakan oleh 17779 LKpl Md Ayub Hj Hashim, wakil peserta kursus daripada Kursus Asas Logistik Siri 2/2022. Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan pengelasan kursus daripada Jurulatih Pengendali kursus, 15937 SSjn Mohd Ali Rahman bin Hj Maarub. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus.  Bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50143 Sld Md Fazli Subhan bin Ahmad Yani daripada 1Bn TDDB, Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 18025 SSjn Johaibe bin Asnan daripada unit 3Bn TDDB dan manakala Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 52207 Sld Md Fakhrullah bin Fazeli daripada unit Akademi Pertahanan ABDB.  Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.  Beliau juga berpesan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari hendaklah diaplikasikan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di unit masing-masing.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Majlis perasmian penutupan kursus diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai. 


195.jpg


196.jpg


197.jpg


198.jpg


199.jpg


200.jpg